Bersempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 63 yang akan disambut tidak lama lagi, sebuah konsert maya bakal ditayangkan untuk tatapan semua warga Malaysia di dalam dan luar negara.
Projek kolaborasi antara Wisma Putra bersama-sama Dewan Filharmonik PETRONAS dan Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) ini menampilkan MPO yang akan mempersembahkan lagu-lagu patriotik dan tradisional dalam bentuk simfonik, seiring dengan tema Hari Kemerdekaan ‘Malaysia Prihatin’.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan penampilan istimewa saya dan Aishah dalam “Malaysia’s Virtual National Day 2020 Reception” pada 31 Ogos 2020 (Isnin), 3 petang (waktu Malaysia) di saluran youtube ‘Wisma Putra’ dan ‘MPO TV’.